Tarikh Tutup Penyertaan : SELASA 27 JUN 2023
hari
jam
minit
saat

Azam Qurban2023

Sempurnakan Qurban & Aqiqah anda kali ini.

Rebut peluang mendaftar ibadah qurban atau aqiqah anda sebelum Aidil Adha tahun ini beserta tawaran istimewa kami.

Tarikh tutup penyertaan qurban :

SELASA 27 JUN 2023
hari
jam
minit
saat

ISTIMEWA Aidil Adha 2023

ISTIMEWA Aidil Adha 2023

1 Syawal -9 Zulhijjah 1444H
22 April – 27 Jun 2023

azam berqurban setiap tahun.

Pesanan Ustaz Wan Akashah

Manusia terlalu sibuk untuk melihat apa yang orang lain miliki sehingga terlupa untuk bersyukur dengan apa yang mereka sendiri ada, kadang-kadang melebihi apa yang diperlukan.

Manusia juga selalu merasa harta benda yang mereka ada itu hasil dari usaha sendiri, sedangkan kesenangan yang dimiliki milik Allah SWT.

Susah nak rasa bahagia ini sebenarnya mereka hilang rasa untuk bersyukur. Berqurban itu lah salah satu tanda kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

Qurban mampu milik

Perkhidmatan Qurbanaid membuka peluang untuk anda menunaikan ibadah qurban dan aqiqah dengan kos yang sangat rendah. Ibadah anda disalurkan kepada komuniti muslim fakir yang berdekatan dengan pusat sembelihan Qurbanaid di serata dunia.

Kini anda boleh menyempurnakan azam berqurban setiap tahun!

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.

Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.

Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.

(maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.

untuk mereka kali ini.
Sertai Fedtri Yahya dan Qurbanaid menyempurnakan hasrat rakyat Malaysia di serata dunia.

Qurbanaid memberi jaminan 100% bahawa setiap haiwan qurban dibeli dan disalurkan di setiap komuniti muslim tempatan untuk setiap negara yang disasarkan. Ini bermakna, disamping anda menyumbang daging qurban sebagai ibadah, anda juga membantu meningkatkan ekonomi dan penghayatan syiar Islam kepada komuniti muslim di luar sana yang sangat memerlukan.

mudah. murah. tanpa keraguan.

Dari pelanggan ke pelaksana dengan IoT.

Qurbanaid memanafaatkan teknologi maklumat untuk pengurusan yang lebih mudah dan efisyen.

Harga berpatutan dengan nilai tambah.

Bermula dengan RM299, pendaftaran 3 minit dan lengkap dengan pelbagai cenderamata edisi terhad, Qurbanaid memberikan nilai terbaik untuk ibadah qurban anda!

Pegawai khas untuk setiap pelanggan.

Pegawai khas akan mengiringi anda dari pendaftaran sehingga selesai urusan qurban. Anda bebas untuk menghubungi pegawai kami pada bila-bila masa!

Pelaksanaan di 19 Negara.

Indonesia . Kemboja . Vietnam . Bangladesh . Filipina . Sudan . India . Malawi . Tanzania . Mekah . Burkina Faso . Niger . Afghanistan . Laos . Nigeria . Guinea Conakry . Mali . Ghana . Iraq

dengan cenderamata percuma!

Ustazah Siti Nurbahyah berkongsi keistimewaan Aidil Adha tahun ini.

*Hadiah dan promosi tertakluk kepada terma dan syarat. Rujuk pakej yang disediakan.

kos mesra pelanggan
Lembu
/bahagian
320 RM 299
/ekor
2,240 RM 2,093
*Tempatan /bahagian
RM 700
*Tempatan /ekor
RM 4,900
Unta
/bahagian
650 RM 599
/ekor
4,550 RM 4,193
Kambing
/ekor
650 RM 599
*Tempatan /ekor
Tiada Stok

*Untuk tempahan lembu / kambing tempatan sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami. Stok adalah terhad dan bergantung kepada permintaan pelanggan.

pakej Aidil Adha 2023


**Semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak shj.

Terma Dan Syarat

  1. Hadiah percuma akan diposkan kepada anda secara parcel (NinjaVan) selepas tempahan diproses dan diagihkan dalam tempoh 3-14 hari dari tarikh penyertaan.
  2. Hadiah dan promosi bergantung kepada stok sedia ada dan boleh ditukar tanpa sebarang notis.
  3. Jika berlaku pertukaran promosi, pihak Qurbanaid akan menggantikanya dengan nilai yang setara.
  4. Promosi sah untuk penyertaan qurban/aqiqah dari 23Mac-22 April 2023 sahaja.

daftar dalam 3 minit.

  1. Nama pendaftar : Individu yang mewakili nama-nama peserta yang melaksanakan ibadah. Pendaftar tidak semestinya seorang peserta.
  2. No.Telefon : Diperlukan untuk pembayaran atas talian, notifikasi SMS dan akan dihubungi untuk panggilan akad.
  3. Emel : Diperlukan untuk pembayaran atas talian dan servis notifikasi.
  4. Nama peserta (1-7) : Hanya satu nama untuk setiap kuantiti .
    Maksimum 7 kuantiti dalam satu tempahan.
  5. Alamat : Parcel yang mengandungi cendera mata didalam pakej serta sijil penyertaan akan diposkan ke alamat yang didaftarkan.
  1. Qurban : Pelaksanaan pada hari tasyrik (10-13 Zulhijjah). Lokasi dan tarikh/masa pelaksanaan ditetapkan oleh Pihak Qurbanaid.
  2. Aqiqah : Sila tetapkan tarikh pelaksanaan (minima 7 hari selepas tarikh pendaftaran). Sila hubungi pegawai khidmat jika anda perlukan tarikh lebih awal. Tarikh pelaksanaan mungkin berubah mengikut keadaan. Tempahan dalam musim Aidiladha akan dilaksanakan semasa hari Tasyrik. Lokasi ditetapkan oleh pihak Qurbanaid.
  3. Nazar : Waktu pelakasanaan seperti ibadah qurban/aqiqah. Lokasi ditetapkan pihak Qurbanaid.

Setiap satu nama peserta mewakili satu bahagian atau ekor haiwan yang didaftarkan.

Jika anda ingin mendaftar satu ekor lembu untuk 7 ahli keluarga anda, Sila pilih lembu (per bahagian) dan 7 kuantiti. 7 ruang nama peserta akan disediakan.

Jika anda memilih Lembu (per ekor) dan kuantiti 1, hanya 1 ruang nama disediakan. Bagaimanapun, anda boleh juga mengisi nama keluarga sebagai wakil ibadah yang ingin anda daftarkan. 

Borang pendaftaran ini hanya menerima kaedah pembayaran secara Online FPX melalui bank-bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian. Untuk kaedah pembayaran lain :

1.  Kad Debit/Kredit : Ditutup buat sementara waktu.
2. e-wallet(TnG/Paypal/Boost/Grab) : Ditutup buat sementara waktu.
3. Pindahan Bank : Sila hubungi pegawai kami.
4. Cek / Tunai : Sila hadir ke pejabat urusan kami untuk pendaftaran secara bersemuka.
5. Skim ansuran Qurbanaid: Sila hubungi pegawai kami.

No.Akaun bank rasmi : Qurbanaid Sdn. Bhd.(1298529-T)
Maybank :  5623 5752 1093
CIMB : 8603 4643 89

Rujuk halaman terima kasih (dibawa secara automatik selepas bayaran selesai dibuat. Jangan tutup browser anda) untuk ringkasan tempahan dan video panduan niat serta akad yang dipimpin Ustaz Wan Akashah.

Pautan panduan ini juga akan dihantar melalui Whatsapp serta emel anda untuk rujukan akan datang.

Anda akan menerima panggilan telefon untuk tujuan pengesahan maklumat dan akad bersama pegawai kami dalam tempoh 3-7 hari dari tarikh tempahan. Kami mungkin tidak membuat panggilan ketika musim jumlah tempahan yang tinggi.

Anda akan menerima email, SMS atau whatsapp yang mengandungi pautan (link) khas untuk tempahan anda. Status pengurusan serta pelaksanaan ibadah anda akan dikemaskini dalam masa sebenar (real time).

Kami juga akan menghantar notifikasi SMS/Whatsapp secara automatik untuk setiap langkah penting sepanjang tempahan anda diurus serta dilaksanakan.

Masa dan lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbanaid. Pemilihan negara oleh peserta tidak dibenarkan. Selepas ibadah selesai dilaksanakan, maklumat anda akan disimpan untuk tujuan audit dan pengurusan.

Gambar pelaksanaan secara individu tidak disediakan (kecuali Aqiqah) kerana jumlah tempahan yang tinggi (bergantung kepada tempat pelaksanaan)

Parcel yang mengandungi sijil penyertaan (1 sijil untuk setiap nama peserta) serta saguhati pakej (hadiah mengikut pakej yang didaftarkan) akan dihantar kepada alamat yang telah didaftarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyertaan bergantung kepada terma & syarat.

Kami menggunakan perkhidmatan kurier NinjaVan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.Kos penghantaran adalah PERCUMA. Kos penghantaran diluar kawasan perlu ditanggung oleh anda. 

Parcel yang tidak berjaya dihantar atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada Qurbanaid. Kos penghantaran kali ke-2 perlu ditanggung oleh pendaftar.

Masih ada persoalan? Rujuk pautan dibawah.

daftar dalam 3 minit.

Soalan menarik peserta terdahulu..

Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, manakala aqiqah disunatkan dilakukan pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, untuk disekalikan ibadah aqiqah dan korban bergantung kepada waktu ketika itu.

Qurban ini dituntut kepada yang sudah akil baligh dan yang dah laksanakan aqiqah serta yang masih hidup, tiada keperluan untuk lakukan kepada arwah melainkan ditinggalkan wasiat.

Tidak, kerana qurban ialah tuntutan fardhu ain dan sangat dituntut keatas individu.

Boleh, tapi dengan izin orang yang kita nak niatkan tu. Kerana korban ini tuntutan keatas individu.

Asal hukum qurban ialah satu bahagian mewakili nama seorang individu sahaja. Namun, dari sudut pahala, InsyaAll Allah akan dibahagikan pahala pada syiar, pelaksanaan sunnah, dan tolong menolong atas kebaikan.

Tidak dinafikan bahawa melakukan ibadah korban dengan cara berhutang itu adalah sah mengikut hukum syarak. Namun, memaksa diri untuk berhutang adalah satu tindakan yang tidak digalakkan oleh Islam, apatah lagi memaksa diri untuk melakukan ibadat padahal dia tidak berkemampuan. Hal ini kerana tuntutan beribadat dalam agama itu bukanlah untuk membebankan manusia sehingga perlu berhutang dan membebankan diri untuk melunaskannya.

Maka wajib niat ketika kita mewakilkan kepada orang tersebut,atau pun menyuruh orang yang diwakilkan berniat untuk kita.

jangan bayar tempahan ke akaun yang diragui. berhati-hati dengan pemalsuan jenama.

Qurbanaid tidak melantik mana-mana wakil untuk menerima wang tempahan melalui akaun peribadi. Pastikan anda mengelakkan diri dari mangsa sindiket penipuan  sebelum membuat pembayaran. Laporkan kepada kami jika anda mengenal pasti individu terbabit.

pastikan maklumat berikut sebelum membayar
Qurbanaid Sdn. Bhd. (1298529-T)
(atau Hannah Qurbanaid Sdn. Bhd.)

  CIMB : 8603 4643 89

  Maybank : 5623 5752 1093

Maafkan kami. Tempahan ibadah qurban 2023 telah ditutup

Tempahan melalui laman ini telah ditutup untuk memberi tumpuan kepada pengurusan peserta yang telah mendaftar.
tempahan masih boleh dibuat sebelum hari aidiladha!

Sila hubungi pegawai kami melalui whatsapp untuk memeriksa kuota lebihan yang masih ada. Terima kasih diatas sokongan anda.

Hubungi Qurbanaid
1
Untuk sebarang pertanyaan, klik sini.
Scan the code
Assalamualaikum, boleh kami bantu anda?