Perkhidmatan Qurbanaid memerlukan maklumat-maklumat peribadi berikut untuk kelancaran pelaksanaan ibadah dan proses pengurusan tempahan. Glosari ini juga sebagai panduan tentang maklumat yang terlibat untuk rujukan pelanggan.
- Maklumat Pengurusan
- No. QID (i.e QA001) : No. siri keahlian rasmi yang dikeluarkan sebagai identifikasi wakil jualan.
- No. resit rasmi (i.e QXXXX-QX2X_145XXX) : No. identifikasi tempahan anda untuk rujukan didalam sistem pengurusan.
- No. Agihan (i.e QAL2X_1XXXX) : No. siri agihan haiwan. Jika anda membuat tempahan bahagian, No. Agihan akan dikongsikan bersama peserta lain untuk melengkapkan 7 bahagian. Nama peserta lain akan tertera didalam laporan agihan (statuslink) Qurbanaid.
- No. Lot (i.e A-BAN-X-12XXX) : No. identifikasi pengurusan pelaksanaan yang mengandungi maklumat lokasi dan jumlah haiwan.
- Maklumat Pendaftar
- Nama pendaftar : Individu yang mewakili nama-nama peserta yang melaksanakan ibadah. Pendaftar tidak semestinya seorang peserta. Sila masukkan nama penuh.
- No. Telefon : Diperlukan untuk pembayaran atas talian, notifikasi SMS dan akan dihubungi untuk panggilan telefon.
- E-mel : Diperlukan untuk pembayaran atas talian dan servis notifikasi.
- Nama peserta (1-7) : Hanya satu nama untuk setiap kuantiti .Maksimum 7 kuantiti dalam satu tempahan. Anda tidak digalakkan memasukkan gelaran/title (i.e Dato/Datin). Jika anda mendaftar bagi peserta yang telah meninggal dunia, sila letakkan Allahyarham (lelaki) / Allahyarhamah (perempuan). Sila isi nama dengan menggunakan huruf besar/caps. Sila rujuk disini.
- Alamat : Parcel yang mengandungi hadiah pakej serta sijil penyertaan akan diposkan ke alamat yang didaftarkan. Jika anda tidak mengisi alamat semasa pendaftaran, kami tidak akan menghantar promosi/hadiah sagu hati kepada anda. Jika alamat yang diberikan tidak tepat dan parcel dikembalikan kepada kami, anda perlu menanggung kos untuk penghantaran kali ke-2.